Kulit Berminyak tidak perlukan moisturizer?

image

gambar hiasan

 

“Kulit saya ni berminyak.. cepat berpeluh. lebih baik tak payah pakai moisturizer! Nanti makin berminyak naik jerawat pulak!”

“Muka ni jenis berminyak lah.. X payah amik moistutizer lah ye!”

“Buat apa nak sapu moisturizer, even x sapu moisturizer pun dah memang cukup berminyak siap bole goreng telor atas muka nih!”

“Moisturizer? x payah lah! Muka ni dah siap-siap berminyak. Lepas cuci tak sampai sejam dah start berminyak balik. I biarkan minyak semulajadi atas muka ni jelah untuk moisturize kan wajah”

Tett!

SALAH!

Amboi-amboi.. macam-macam alasan nya ye? Itu hak masing-masing, mengikut budget masing-masing. Tapi pemakaian yang sebetulnya adalah..

  1. Cleanse (Pencucian wajah)
  2. Freshener (Penyegar)
  3. Moisturizer (Pelembap)

Kenapa? Kebanyakan jenama produk penjagaan wajah didatangkan dalam 3 range: Kulit Kering, Kulit Normal, dan Kulit Berminyak.

Dalam setiap product dalam range-range yang disebutkan tadi mempunyai Cleanser, Freshener / Toner, dan Moisturizer yang tersendiri mengikut keperluan jenis kulit tadi.

Pada kulit berminyak, kandungan moisture untuk moisturizer nya sudah pasti berbeza dengan moisturizer untuk kulit kering!

Dan pada kulit berminyak, sesetengah produk mungkin menambahkan agen untuk pengawalan minyak pada wajah.

Anda perlu ingat, moisturizer memberi kelembapan pada epidermis (sel kulit). Maksudnya kelembapan pada kulit (skin hydration). Fikirkan water-content pada kulit dan bukan nya oil-content. Rujuk sini untuk bahan bacaan lanjut.

Dalam Mary Kay didatangkan set Formula 3 yang khusus untuk Kulit Berminyak. Pelembap nya adalah bebas minyak dan mengawal minyak yang berlebihan untuk memberikan kulit wajah hidrasi seimbang yang diperlukan. Kulit wajah akan berkekalan sihat dan cantik!

image

Set Formula 3 ditambah dengan Witch Hazel sebagai astringen lembut yang membantu mengawal penghasilan minyak supaya tidak banyak minyak terdapat di permukaan kulit.

 

Hubungi Mommy Q di 013-337 2007 / karipapsayur@gmail.com untuk percubaan produk secara percuma!

Sinar UV. Apakah itu?

Sinar UV adalah pancaran ultraviolet dari matahari dalam 3 gelombang elektromagnet (UVA, UVB, dan UVC). Setiap hari, kulit kita terdedah lebih daripada 95% sinar UVA seterusnya UVB. UVC sangat kuat akan tetapi sebelum sampai ke bumi, ia melalui lapisan ozon dahulu. Walaubagaimanapun, UVA dan UVB sangat berbeza. Ia boleh merosakkan kulit!

Kerosakan oleh sinar matahari

Tanning (warna kulit yang menjadi sedikit gelap selepas terdedah kepada matahari dalam tempoh beberapa lama) – Ia adalah pigmen melanin yang bertindak sebagai penyelamat kulit. Ia terjadi kerana mempertahankan kulit daripada sinar matahari. Kulit kita mempunyai sistem pertahanan yang tersendiri sebenarnya.

photo source: http://www.clearskinacne.com/skin/getting-to-know-your-skin

Apabila sinar matahari mengenai kulit, epidermis (lapisan kulit) mempunyai melanoma untuk menyerap sinar UV. Ini adalah untuk mengelakkan sinar UV daripada lebih merosakkan dermis (lapisan bawah kulit). Melanoma lah yang menyebabkan kulit menjadi tan (sedikit gelap daripada biasa), kasar, dan kusam dalam masa yang singkat. Jikalau terlalu banyak / lama terdedah kepada sinar matahari, kulit kita akan berasa sakit (tidak selesa / pedih), menyengat-nyengat, dan menggelupas.

Pigmentasi adalah hasil jangka masa panjang daripada pembentukan dan pengumpulan pigmen terpendam dalam kulit. Pigmen ini akan mula kelihatan secara berperingkat. Kebanyakan masalah pigmen terbentuk secara diam-diam sejak muda. Selepas berumur 30 tahun, pigmen akan akan keluar sedikit demi sedikit. Biasanya ia dikenali sebagai “age spot”

Ketidakanjalan kulit , garis-garis halus, dan kedutan mulai muncul. Ini terjadi kerana kerosakan yang teruk dan berterusan ke atas dermis oleh UVA. UVA mempunyai kuasa penembusan (kulit) yang kuat! Ia boleh menembusi kaca malah 9 kaki ke dalam air juga! UVA lah yang merosakkan kolagen dan keanjalan sehingga menyebabkan kehilangan kelembapan kulit dan kulit menjadi tidak anjal.

Oleh sebab sistem ketahan dermis yang semakin kurang, dengan hanya sedikit UVA yang terpancar sudah mampu merosakkan kulit dan mempercepat penuaan di usia muda.

Tetapi jangan risau, dengan pemakaian Mary Kay Sun Protector SPF 20, ia dapat menapis sinar UV sebelum mengenai kulit. Selain itu, ia bertindak sebagai perlindungan kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari, kotoran kosmetik, debu dan mencegah kulit dari menjalani foto-penuaan. Disyorkan oleh Skin Cancer Foundation AS.

Hubungi Mommy Q di 013-337 2007 / karipapsayur@gmail.com untuk percubaan produk secara percuma!

Untuk Kulit Berminyak – Formula 3 : Witch Hazel

kata Ahli Saintis Mary Kay,

“ Koleksi Botanical Mary Kay ini inspirasi dari alam semulajadi dan dioptimumkan dengan teknologi kecantikan masa kini ”

 

 

image

Untuk kulit berminyak, witch hazel akan ditambah kepada semua produk Formula 3 Mary Kay bagi memperjelas kulit. Witch hazel bertindak sebagai zat ringan yang mengawal pengeluaran minyak supaya hanya sedikit minyak terdapat pada kulit wajah (wajah kita perlukan juga sedikit minyak ye)

 

DSCN4712

1. Cleanser: Permbersih ini mempunyai agen pembaikpulihan dan membersihsucikan wajah tanpa mengangkat pergi elemen-elemen penting yang sedia ada pada kulit wajah. Gel pembersih berbusa ini mengembalikan keseimbangan di samping meninggalkan kulit kelihatan segar dan murni

2. Freshener: Akhiri rutin pembersihan wajah dengan Freshener bebas alkohol untuk menyerap minyak tanpa mengeringkan kulit wajah. Formula ini turut melembutkan wajah serta meninggalkan wajah dalam keadaan soft matte

3. Moisturizer: Pelembap ini bebas minyak dan mengawal minyak yang berlebihan untuk memberikan kulit wajah hidrasi seimbang yang diperlukan. Kulit wajah akan berkekalan sihat dan cantik.

4. Mask: Masker ini menyerap kekotoran (pada wajah), mengawal pengeluaran minyak, serta membaikpulih kulit wajah. Formula ini mengawal pori-pori yang kelihatan dan menjadikan wajah kelihatan lebih bersih

 

Setiap produk dalam Botanical Skin Care mengandungi eksklusif pengayaan-bio yang kompleks ™ (Bio-Enriched™ complex), ia diperkaya dengan campuran nutrisi  bahan-bahan yang bercirikan ginseng, delima, dan oat.

Bahan-bahan & Fungsinya

pengayaan-bio yang kompleks ™ (Bio-Enriched™ complex)
campuran bahan-bahan yang bercirikan ginseng, delima, dan oat

Ginseng
digunakan sebagai bahan meningkatkan daya tahan kulit

Delima
sumber yang kaya dengan antioksida yang dikenalpasti mampu menyekat atau meneutralkan sebatian yang pada asalnya berbahaya

Oat
meningkatbaik penampilan kulit kerana ia menenang dan melembap serta meransangkan sistem pertahanan kulit

Ekstrak Witch Hazel
Witch hazel mengandungi tanin, iaitu satu antioksida yang kuat untuk mengawal kerosakan kulit wajah yang diakibatkan oleh radikal bebas.

 

Hubungi Mommy Q di 013-337 2007 / karipapsayur@gmail.com untuk percubaan produk secara percuma!

Koleksi Penjagaan Kulit Khusus Mary Kay Botanical

Alam Semula Jadi. Sains. Dalam Keharmonian Sempurna.

 

botanical all

Koleksi Penjagaan Kulit Khusus Mary Kay Botanical dirumus dengan bahan botani yang dipilih khas membantu kulit anda mencapai keharmonian sempurna. Kulit kering tidak lagi berasa kering. Kulit berminyak tidak berasa berminyak lagi, dan kulit normal akan berupaya mengekalkan keseimbangan yang sihat.

 

Apakah desas-desus di pasaran?

- Anda inginkan penjagaan kulit khusus yang sepadan dengan keperluan kulit individu supaya rupa paras anda menjadi cantik dan segar

 

Siapa yang harus mencuba?

- Koleksi Penjagaan Kulit Khusus Mary Kay Botanical dirumus untuk anda yang mendambakan penjagaan kulit yang mengimbangkan keperluan penjagaan kulit tertentu serta menjadikan kulit kelihatan berseri-seri

 

Bagaimana is berfungsi?

- Setiap produk dalam Koleksi Penjagaan Kulit Khusus Mary Kay Botanical mengandungi kompleks Bio-Enriched yang eksklusif, sejenis sebatian ramuan yang menggunakan ginseng, buah delima, dan oat.

  • Sejak berabad-abad lamanya, ginseng digunakan untuk membantu memulihkan tenaga, meningkatkan daya ketahanan, dan menghalang kelesuan
  • Buah delima ialah sumber yang kaya dengan antioksida yang dikenalpasti mampu menyekat atau meneutralkan sebatian yang pada asalnya berbahaya (iaitu radikal bebas yang mengganggu rantai tindak balas yang boleh menimbulkan tanda-tanda penuaan)
  • Dan oat dikenalpasti dapat membantu meningkatbaik penampilan kulit kerana ia menenang dan melembap serta meransangkan sistem pertahanan kulit. Selain itu, oat diekstrak semasa prose berpaten yang menyumbangkan faedah yang pekat.

Apakah perbezaan antara formula?

Untuk kulit kering
- Formula 1
image
Hibiscus
(bunga raya) ditambah ke dalam semua produk Formula 1 untuk membantu menghilangkan rasa tegang yang tidak selesa serta kemerahan yang berkaitan dengan kulit kering. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa komponen yang diekstrak daripada hibiscus mempunyai faedah antioksidan dan antikeregangan yang dapat mengurangkan kemerahan kulit. Diperkaya dengan hibiscus, sistem kulit kering akan segera berasa selesa, tenang, dan lembut di samping mengembalikan kulit dengan keserian baru
Untuk kulit normal
- Formula 2
image
Putik pokok bic
(Beech Tree Bud) mengekalkan keseimbangan yang sihat, sesuatu yang amat penting kepada kulit normal. Ekstrak pokok bic ditambah ke dalam semua produk Formula 2 yang dirumus untuk memastikan kulit berada pada keseimbangan yang cantik. Pokok bic dikenal sebagai pokok awet muda; ekstraknya dilaporkan dapat menggalakkan proses semula jadi kulit. Produk khusus untuk kulit normal memberi tenaga dan mencergaskan semula serta meningkatkan kecantikan semula jadi kulit.
Untuk kulit berminyak
- Formula 3
image
Witch Hazel
ditambah ke dalam semua produk Formula 3 untuk membantu menjernihkan kulit. Apabila digunakan dalam produk penjagaan kulit, witch hazel didapati bertindak sebagai astringen lembut yang membantu mengawal penghasilan minyak supaya tidak banyak minyak terdapat di permukaan kulit. Witch hazel juga mempunyai kandungan tanin yang tinggi, sejenis antioksidan kuat yang dapat membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas

 

Apakah yang menjadikan Koleksi Penjagaan Kulit Khusus Mary Kay Botanical berbeza dengan rejimen penjagaan kulit yang lain?

- Koleksi Penjagaan Kulit Khusus Mary Kay Botanical menawarkan satu sistem penjagaan kulit harian lengkap yang menggabungkan teknologi penjagaan kulit dengan ramuan semula jadi dalam kompleks Bio-Enriched. Adunan teliti ramuan semula jadi ini memberikan hasil yang terbaik bagi memenuhi keperluan kulit anda

 

Apakah produk lain dalam Koleksi Penjagaan Kulit Khusus Mary Kay Botanical yang anda mungkin berminat?

  • Untuk anda yang menggemari adunan cantik sains dan alam semula jadi, anda boleh mencuba Koleksi Penjagaan Badan Mary Kay!
  • Untuk meningkatkan lagi kecantikan kulit anda, cubalah produk berwarna Mary Kay!

 

Hubungi Mommy Q di 013-337 2007 / karipapsayur@gmail.com untuk percubaan produk secara percuma!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.