Mengenali Jenis Kulit mu

Secara asasnya, terdapat 4 jenis kulit: kering, normal, kombinasi, dan berminyak. Setiap jenis kulit mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Cuba kamu baca dan padankan, Apakah jenis kulit anda?

Kulit Kering

Jenis kulit kering dicirikan oleh pori kecil dan wajah suram dengan sedikit atau tanpa sebarang minyak atau sinar kulit permukaan. Garis ekspresi mudah kelihatan terbentuk pada kulit kering, terutamanya sekitar mata dan mulut. Kulit kering lebih biasa berlaku di kalangan wanita berusia sekitar 50 tahun yang tinggal di kawasan beriklim kelembapan rendah. Kulit kering boleh terjadi pada wanita yang tidak melindungi kulit mereka daripada unsur di luar rumah. Kulit seperti ini menjadi kasar dan mungkin menggelupas atau merekah

Untuk kulit kering, produk Mary Kay:

  • membersih secara lembut tanpa terlampau mengikis
  • melembut, melincirkan dan mengembalikan lembapan yang diperlukan
  • menjadikan garis-garis kurang ketara serta mengurangkan pengelupasan

Kulit Normal

Kulit jenis ini ialah kulit kelihatan sihat dengan tekstur yang licin. Ia mengandungi keseimbangan minyak dan lembapan serta jarang terdapat kecacatan atau pori tersumbat.
Apabila dijaga dengan rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah pada peringkat usia lanjut.

Untuk kulit kering, produk Mary Kay:

  • mengekalkan keseimbangan lembapan kulit yang sihat dan berseri-seri
  • memperhalus tekstur kulit dan menjadikannya bersih dan segar

Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi adalah kulit yang sihat dengan tekstur yang licin dan sedikit berminyak di kawasan zon T dengan sedikit tanda kekeringan di pipi dan bahagian sisi luar muka. Jika dijaga dengan rapi, garis-garis dan kedutan jarang terbentuk pada kulit jenis ini sehinggalah peringkat lanjut usia.

Untuk kulit kombinasi, produk Mary Kay:

  • membantu mengawal minyak berlebihan di zon T (dahi, hidung, dan dagu)
  • mengecilkan pori dan melembapkan kawasan kulit yang kering.

Kulit Berminyak

Kulit berminyak terjadi akibat kelenjar sebum menghasilkan minyak yang berlebihan. Ia menyebabkan kulit kelihatan berkilat. Kadang-kadang muka menjadi berminyak atau melekit hanya beberapa jam sahaja selepas dicuci.

Ia juga dicirikan dengan pori-pori kasar berbanding dengan kulit jenis lain, lebih mudah ditumbuhi jerawat, pori tersumbat, dan mudah tercela.

Positifnya, kulit berminyak tidak mudah berkedut berbanding dengan jenis kulit kering. Jumlah minyak yang banyak pada permukaan kulit membantu lapisan atas kulit mengekalkan air dan melindungi kulit daripada kekeringan punca persekitaran.

Untuk kulit berminyak, produk Mary Kay:

  • membantu mengawal minyak di permukaan kulit, menjadikannya licin dan tampak berseri
  • membersihkan kotoran dan himpunan minyak pada pori terbuka secara mendalam
  • membantu mekap (make up) kekal segar lebih lama

source: Mary Kay book

Hubungi Mommy Q di 013-337 2007 / karipapsayur@gmail.com untuk percubaan produk secara percuma!

2 Comments (+add yours?)

  1. BudakHitam
    Apr 22, 2010 @ 17:42:26

    ooo…ade produk..ingat kan jenis kulit dan personaliti..hehe..kalau hitam?

    Reply

  2. Miss Q
    Apr 29, 2010 @ 05:52:09

    budakhitam: kalau hitam ada MelaCEP whitening skin😉

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: