Sinar UV. Apakah itu?

Sinar UV adalah pancaran ultraviolet dari matahari dalam 3 gelombang elektromagnet (UVA, UVB, dan UVC). Setiap hari, kulit kita terdedah lebih daripada 95% sinar UVA seterusnya UVB. UVC sangat kuat akan tetapi sebelum sampai ke bumi, ia melalui lapisan ozon dahulu. Walaubagaimanapun, UVA dan UVB sangat berbeza. Ia boleh merosakkan kulit!

Kerosakan oleh sinar matahari

Tanning (warna kulit yang menjadi sedikit gelap selepas terdedah kepada matahari dalam tempoh beberapa lama) – Ia adalah pigmen melanin yang bertindak sebagai penyelamat kulit. Ia terjadi kerana mempertahankan kulit daripada sinar matahari. Kulit kita mempunyai sistem pertahanan yang tersendiri sebenarnya.

photo source: http://www.clearskinacne.com/skin/getting-to-know-your-skin

Apabila sinar matahari mengenai kulit, epidermis (lapisan kulit) mempunyai melanoma untuk menyerap sinar UV. Ini adalah untuk mengelakkan sinar UV daripada lebih merosakkan dermis (lapisan bawah kulit). Melanoma lah yang menyebabkan kulit menjadi tan (sedikit gelap daripada biasa), kasar, dan kusam dalam masa yang singkat. Jikalau terlalu banyak / lama terdedah kepada sinar matahari, kulit kita akan berasa sakit (tidak selesa / pedih), menyengat-nyengat, dan menggelupas.

Pigmentasi adalah hasil jangka masa panjang daripada pembentukan dan pengumpulan pigmen terpendam dalam kulit. Pigmen ini akan mula kelihatan secara berperingkat. Kebanyakan masalah pigmen terbentuk secara diam-diam sejak muda. Selepas berumur 30 tahun, pigmen akan akan keluar sedikit demi sedikit. Biasanya ia dikenali sebagai “age spot”

Ketidakanjalan kulit , garis-garis halus, dan kedutan mulai muncul. Ini terjadi kerana kerosakan yang teruk dan berterusan ke atas dermis oleh UVA. UVA mempunyai kuasa penembusan (kulit) yang kuat! Ia boleh menembusi kaca malah 9 kaki ke dalam air juga! UVA lah yang merosakkan kolagen dan keanjalan sehingga menyebabkan kehilangan kelembapan kulit dan kulit menjadi tidak anjal.

Oleh sebab sistem ketahan dermis yang semakin kurang, dengan hanya sedikit UVA yang terpancar sudah mampu merosakkan kulit dan mempercepat penuaan di usia muda.

Tetapi jangan risau, dengan pemakaian Mary Kay Sun Protector SPF 20, ia dapat menapis sinar UV sebelum mengenai kulit. Selain itu, ia bertindak sebagai perlindungan kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari, kotoran kosmetik, debu dan mencegah kulit dari menjalani foto-penuaan. Disyorkan oleh Skin Cancer Foundation AS.

Hubungi Mommy Q di 013-337 2007 / karipapsayur@gmail.com untuk percubaan produk secara percuma!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: